Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-

Ustaz Yusri Musa (019-9590379)
Ustaz Riduan M.Nor (019-3728844)

Info Terkini An Nur !!!!!!!!!!!!!!!

> Untuk Nombor Akaun An Nur sedang dalam proses.. InsyaAllah dlm masa terdekat kita akan paparkan & war2 kan..

> InsyaAllah, matlamat kita nak naikkan bangunan lepas RAYA ni. Perlukan lebih kurang RM 200000.00

Tuesday, August 24, 2010

FORUM PERDANA SUBUH di Surau Ad Dinniah

Salam Ramdhan dari Tahfiz An-Nur
pada 20/8/2010
Alhamdulillah, julung2 kalinya Surau Ad Dinniah, Selayang 
telah  menganjurkan Forum Perdana Subuh

Program Forum Perdana Subuh ini telah dipengerusikan oleh 
Ustaz Riduan Mohamad Nor. 

Di antara ahli2 panel jemputan ialah,
 Al-Fadhil Ustaz Nik Abduh Bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz
dan 
YB Mohamad Noor Hamzah


Para pendengar yang baik sedang mendengar 
celoteh ahli panel surau Ad Dinniah, Selayang.


Jemaah surau yang ramai pada waktu subuh 
menunjukkan perubahan positif daripada Aura Ramadhan......


Selamat menjalani Ibadah dalam Bulan Ramadhan... (",)

Monday, August 23, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI!!!!!! SELAMAT KUNJUNG, KAMI MERINDUIMU!!!

Posted by Riduan Mohd Nor Tuesday, August 18, 2009

Masa dengan begitu pantas bergulir, meninggalkan kita yang sentiasa disendati dengan seribu satu pencarian. Seakan baru sahaja melafazkan laungan takbir dan berpestapora meraikan Ramadhan pada tahun lepas. Kini dia datang lagi dengan membawa sejuta ruang pengampunan, kerana umur kita ummat Muhammad SAW, paling pendek berbanding umat sebelumnya. Lambaian mesra Ramadhan membawa kita tenggelam dalam dakapan kasih sayang Allah yang tidak pernah padam. Penghulu Bulan ini adalah agen transformasi sikap yang paling ampuh rugilah manusia yang mencuaikannya.
Beberapa langkah lagi kita akan menyusuri bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan berakah dan rahmat dari Ilahi, sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah: permulaannya adalah rahmat. Ramadhan adalah penghulu kepada segala bulan, ia berbeza dari segala bulan yang lain dengan dua perkara.
1. Ramadhan adalah bulan yang di wajibkan berpuasa (Bermula pada tahun 2 H)
2. Ia juga bulan yang di sunatkan melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin dan pahala di gandakan (Bulan maghfirah)

BAGAIMANA BERPESTA DENGANNYA?
Berpandukan kepada perkara di atas puasa hendaklah di lakukan dengan teliti, menunaikan segala syarat-syaratnya dan menjauhkan segala perkara yang boleh merosakkannya. Seterusnya bersungguh-sungguh dalam melakukan segala amal kebajikan yang sunat terutamanya yang sah dan sabit di dalam Al-Quran dan hadis dan apa yang di lakukan oleh para salafusoleh. Ini menuntut Umat Islam untuk mendalami segala hukum-hakam yang bersangkutan dengan puasa sama ada yang wajib,sunat serta adab-adab yang sepatutnya di lakukan, cara mempelajarinya mestilah

Tuesday, August 17, 2010

Rifleksi Ramadhan : Qiamu Ramadhan

8 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh

RENUNGAN KE-11

Sebagaimana dikatakan Ramadhan itu syahrus siyam (bulan puasa), dikatakan juga Ramadhan syahrul qiyam (bulan shalat malam) Allah berfirman, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu,

dan bacalah al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.” (Al-Muzammil: 1-5). Dan firman-Nya tentang sifat hamba-hamba-Nya yang baik, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 17-18). 

Dalam Shahih Muslim Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.

“Sebaik-baik shalat setelah fardhu adalah shalat malam.” (HR. Muslim).

Pelancaran Tabung Untuk Dana Tahfiz An Nur di Surau Al-Muhsinin, KLCC

Salam Ramadhan... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izinNya dapat pihak kami melancarkan Tabung Tahfiz An Nur di KLCC pada 7 Ramadhan 1431 Hijrah . 

Tabung dilancarkan bertujuan mengutip dana Fasa 1 untuk membina Tahfiz An Nur.


 

Subhanallah, kerahmatan bulan Ramadhan terserlah dengan kehadiran ramainya 
pendengar-pendengar yang baik ke Surau Al-Muhsinin


Ustaz Riduan sedang memberi tazkirah berkenaan 
mengapa Al-Quran diturunkan secara berperingkat.


Pendengar Muslimat berada di tingkat atas



Tabung Dana Tahfiz An Nur dilancarkan oleh ustaz Riduan M.Nor

 Segala sumbangan Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Semoga sumbangan yang sangat bermakna itu diberkati Allah 
&
Allah sahajalah yang dapat membalas ganjaran Tuan/Puan 
yang bersedekah di Bulan Mulia ini


7 Tips Seronok Sambut Ramadhan



JIKA sebelum ketibaan Ramadhan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadhan, tetapi suka atau tidak sudah 1 minggu kita melalui bulan yang mulia ini.Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan.Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian.

Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.
Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”
Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ramadan seperti peluang terakhir.
Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’
Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka.
Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa.
Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.
1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’


Tuesday, August 3, 2010

Tapak Tahfiz An Nur



Tribut Untuk Ayahanda





Saya menziarahi tapak tahfiz An Nur yang telah ditambak tanahnya dengan kos 22 000 (22k). Beralamat di Desa Jaya Setiu, di desa yang damai dan hening. 
Tahfiz ini akan beroperasi pada tahun 2011,
 InsyaAllah dengan dokongan teman-teman yang prihatin. 
Tapak yang luas ini akan menjadi markas Al Quran, 
saya berusaha menjadikannya tamanilmu yang akan meneduhkan 
ayahanda saya tercinta, Mohamad Nor Husain dengan pahala yang mengalir.

Abah semasa disengat kelelahan dan kepayahan akibat penyakit strok sering 
menceritakan mimpi-mimpi yang menggangu tidurnya, 
“wan, abah tengok ramai orang datang sembahyang di masjid kita” katanya lirih, 
mengharap sebuah sekolah tahfiz diatas tanahnya. 
Abah kembali ke pangkuan Tuhannya pada 25 September 2005 di Hospital Kubang Kerian. 
Air mata kami adik beradik tumpah berserakan, terlalu banyak kenangan manis dengan
 lelaki berhati emas ini. Ayahanda miskin harta, mendokong faham marhaenism semasa 
muda dan aktif dengan Tabligh dihujung 30an umurnya. Dia lelaki yang sederhana , 
suka mengungkap kata-kata mudah untuk dihadam. 
Garangnya dalam membentuk kami adik beradik supaya berguna pada agama dan nusa.

Abah telah pergi, saya akan melengkapkan potongan mimpi beliau, 
Sebuah rumah ibadah yang selesa yang sentiasa bergema dengan
 lantunan Al Quran daripada mulut anak-anak yatim. 
Menjayakan projek ini juga adalah sebahagian mimpi saya, 
mencetak kader dakwah, membina generasi Al Quran.