Saya menziarahi tapak tahfiz An Nur yang telah ditambak tanahnya dengan kos 22 000 (22k). Beralamat di Desa Jaya Setiu, di desa yang damai dan hening.
Tahfiz ini akan beroperasi pada tahun 2011,
InsyaAllah dengan dokongan teman-teman yang prihatin.
Tapak yang luas ini akan menjadi markas Al Quran,
saya berusaha menjadikannya tamanilmu yang akan meneduhkan
ayahanda saya tercinta, Mohamad Nor Husain dengan pahala yang mengalir.

Abah semasa disengat kelelahan dan kepayahan akibat penyakit strok sering
menceritakan mimpi-mimpi yang menggangu tidurnya,
“wan, abah tengok ramai orang datang sembahyang di masjid kita” katanya lirih,
mengharap sebuah sekolah tahfiz diatas tanahnya.
Abah kembali ke pangkuan Tuhannya pada 25 September 2005 di Hospital Kubang Kerian.
Air mata kami adik beradik tumpah berserakan, terlalu banyak kenangan manis dengan
lelaki berhati emas ini. Ayahanda miskin harta, mendokong faham marhaenism semasa
muda dan aktif dengan Tabligh dihujung 30an umurnya. Dia lelaki yang sederhana ,
suka mengungkap kata-kata mudah untuk dihadam.
Garangnya dalam membentuk kami adik beradik supaya berguna pada agama dan nusa.

Abah telah pergi, saya akan melengkapkan potongan mimpi beliau,
Sebuah rumah ibadah yang selesa yang sentiasa bergema dengan
lantunan Al Quran daripada mulut anak-anak yatim.
Menjayakan projek ini juga adalah sebahagian mimpi saya,
mencetak kader dakwah, membina generasi Al Quran.

No comments:
Post a Comment