Masa dengan begitu pantas bergulir, meninggalkan kita yang sentiasa disendati dengan seribu satu pencarian. Seakan baru sahaja melafazkan laungan takbir dan berpestapora meraikan Ramadhan pada tahun lepas. Kini dia datang lagi dengan membawa sejuta ruang pengampunan, kerana umur kita ummat Muhammad SAW, paling pendek berbanding umat sebelumnya. Lambaian mesra Ramadhan membawa kita tenggelam dalam dakapan kasih sayang Allah yang tidak pernah padam. Penghulu Bulan ini adalah agen transformasi sikap yang paling ampuh rugilah manusia yang mencuaikannya.
Beberapa langkah lagi kita akan menyusuri bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan berakah dan rahmat dari Ilahi, sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah: permulaannya adalah rahmat. Ramadhan adalah penghulu kepada segala bulan, ia berbeza dari segala bulan yang lain dengan dua perkara.
1. Ramadhan adalah bulan yang di wajibkan berpuasa (Bermula pada tahun 2 H)
2. Ia juga bulan yang di sunatkan melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin dan pahala di gandakan (Bulan maghfirah)
BAGAIMANA BERPESTA DENGANNYA?
Berpandukan kepada perkara di atas puasa hendaklah di lakukan dengan teliti, menunaikan segala syarat-syaratnya dan menjauhkan segala perkara yang boleh merosakkannya. Seterusnya bersungguh-sungguh dalam melakukan segala amal kebajikan yang sunat terutamanya yang sah dan sabit di dalam Al-Quran dan hadis dan apa yang di lakukan oleh para salafusoleh. Ini menuntut Umat Islam untuk mendalami segala hukum-hakam yang bersangkutan dengan puasa sama ada yang wajib,sunat serta adab-adab yang sepatutnya di lakukan, cara mempelajarinya mestilah
dengan membaca, ataupun bertanyakan mereka yang alim, menghadiri kuliah atau apa saja wasilah untuk mendapatkan ilmu.
Di sini kami kemukakan cadangan program di bulan Ramadhan.
1. Program malam Ramadhan
Ianya bermula di malam kelihatan anak bulan, di syariat pada malam tersebut, tarawih, Kiam, Sahur dan segala ibadah lain yang sabit.
• Qiam
Sabda Rasulullah yang bermaksud: sesiapa yang berqiam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan memohon pahala dari Allah akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.
• Waktu qiam dan bentuknya.
Qiam di sunatkan melakukannya di permulaan malam, ia tidak di sunatkan di lakukan di akhir malam, jikalau kita berminat untuk melakukannya di waktu sahur maka seelok-eloknya ia di ikuti dengan kiam di awal malam, demikian juga sunat. Berkata Imam Abu Daud di katakan kepada Imam Ahmad dan aku mendengarnya dilewatkan qiam iaitu tarawih di akhir malam beliau menjawab “jangan ! apa yang di lakukan oleh umat Islam terlebih di sukai oleh ku”. Jika anda menghimpunkan dua kiam di awal dan di akhir malam maka janganlah anda melalukan dua kali solat witir kerana Rasulullah bersabda tiada dua witir dalam satu malam.
• Bersahur.
Rasulullah sangat mengambil berat dalam bersahur ia di panggil makan malam yang di berkati, Rasulullah bersahur pada akhir malam sebagaimana sabdanya: sentiasalah manusia dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan mengakhiri sahur.
2. Memaksimakan Ruang Masa dan Program di siang hari Ramadhan.
Menjauhi akhlak yang buruk seperti mengumpat, mengadu domba, berbohong, mencerca, berkelahi dan sebagainya. Dengan erti kata lain apa sahaja sifat mazmumah kita leburkan daripada relung hati kita, piala hati ini mesti diisi dengan sifat mahmudah yang bercahaya.
Bermula dari solat subuh hingga terbit matahari Di sunatkan berzikir sesudah solah, zikir ma'thurat, membaca Al-Quran dan lain-lain nya sehinggalah terbitnya matahari.
Pagi hingga Zuhur
Menunaikan segala kewajipan seperti belajar, bekerja, dan sebagainya. Di sini di galakkan memperbanyakkan segala kebajikan seperti zikir, sedekah, Istighfar dan sebagainya.
Satu jam setengah hingga dua jam untuk tidur. Ini di sunatkan untuk menambahkan kekuatan untuk beribadah di sepanjang hari.
Zuhur hingga Asar
Di galakkan mengadakan majlis belajar dan membaca Al-Quran sama ada di masjid atau rumah.
Asar hingga Maghrib
Menyediakan juadah berbuka di selangi dengan mendengar zikir dari kaset dan sebagainya. Mengajar anak-anak membaca Al-Quran, hukum puasa dan lain-lainnya.
Maghrib hingga Isyak Di sunatkan menyegerakan berbuka puasa
Ini merupakan sebahagian daripada panduan jadual harian untuk Umat Islam di bulan Ramadhan
Meraikan Ramadhan
Walaupun ramai manusia yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan tetapi sedikit sahaja mereka yang menunaikan ibadah puasa dengan sempurna sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah, mereka memakmurkan Ramadhan dengan melakukan perkara ketaatan, menghampirkan diri kepada Allah dan menunaikan segala kewajipan. Boleh jadi pada bulan yang berakah ini kita dapati pelbagaikan perkara yang bercanggah dengan syarak di kerjakan yang tiada di lakukan pada bulan-bulan yang sebelumnya, seperti lalai dari mengerjakan solat, berjaga malam di hadapan TV, menghabiskan masa dengan berbagai permainan, lepak di jalan-jalan, kesemuanya ini dengan hujah sementara menunggu waktu berbuka.
Jikalau di teliti mereka yang terdahulu bagaimanakah mereka menunaikan ibadah puasa, kita akan lihat betapa jauhnya jarak beribadah di antara kita dan mereka, maka bagaimanakah kita menyambut Ramadhan sebagaimana yang di sambut oleh para Salafusoleh :
Memelihara hukum-hakam puasa.
Puasa tidak akan sah melainkan dengan dua syarat iaitu, ikhlas dan menurut apa yang di syariat. Yang di katakan ikhlas itu ialah kita menghadapkan ke seluruh hati kepada Allah dan semata-mata mengharapkan pahala darinya. Mengikut syariat pula dengan menunaikan segala hukum-hakam sehingga puasa di angap sah dan diberi ganjaran oleh Allah.
Memelihara segala amalan yang fardu.
Sembahyang merupakan tiang agama, di terimanya puasa bergantung pada di terimanya solat, bagaimanakah mereka yang berpuasa tetapi cuai dalam menunaikan sembahyang. Sedangkan mereka mengetahui kewajipan solat lebih besar daripada kewajipan puasa itu sendiri.
Menjaga solat tarawih.
Dalam hadis saaib bin zaid, dinyatakan bahawa imam membaca surah Mieen sehingga kami bertongkat kerana lamanya berdiri dan sahabat tidak bersurai melainkan ketika terbitnya fajar.
Membanyakkan zikir dan bacaan Al-Quran.
Rasulullah pada bulan Ramadhan membaca Al-Quran dengan Jibrail, di sebut juga bahawa Al-Zuhri apabila datang bulan Ramadhan meninggalkan majlis hadis dan segala ilmu kerana membaca Al-Quran. Di sebut juga Sufian Thauri apabila datang bulan Ramadhan meninggalkan segala ibadah sunat yang lain kerana membaca Al-Quran.
Pemurah dan bersedekah.
Dalam hadis Anas Rasulullah bersabda sebaik-baik sedekah ialah sedekah di bulan Ramadhan. Rasulullah juga pernah bersabda himpunan di antara puasa dan sedekah mewajibkan seseorang itu memasuki syurga.
Beriktikaf dan memperbanyakkan ibadah di sepuluh yang akhir.
Beriktikaf membuka ruang kepada segala ibadah yang lain seperi, Tadarus, solat berjemaah, berzikir dan lain-lain lagi. Ramai orang yang tidak beriktikaf sedangkan ianya sabit melalui kitab dan Sunah.
Mencari malam lailatul Al-Qadar.
Puasa menyebabkan di terimanya doa’, sayugia kepada mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa pada bulan yang mulia ini, Rasulullah bersabda mereka yang paling lemah ialah mereka yang lemah dari berdoa’. Rasulullah juga bersabda.
“Dan sesungguhnya kamu berpuasa amat baik bagi kamu”
Kelebihan Ibadah Puasa menurut perspektif Syarak
Mendapat keampunan.
Merdehka dari api neraka.
Puasa akan memberi syufaat di hari kiamat.
Puasa menjadi perisai dari maksiat.
Mereka yang berpuasa dapat masuk syurga melalui pintu (Al-Rayaan).
Bau mulut lebih wangi disisi Allah dari kasturi.
Bergembira ketika berbuka dan ketika bertemu tuhan.
Allah akan mengurniakan sendiri ganjaranya kepada mereka yang berpuasa.
Dapat melahirkan insan yang bertaqwa.
Kelebihan puasa menurut perspektif perubatan
1 Memberi kerehatan kepada angota tubuh
2 Mengeluarkan toksik-toksik dan lebihan tubuh
3 Pembaharuan sel-sel tisu, organ-organ akan diperbaharui secara keseluruhan, membaikpulih tugas organ yang pelbagai, menambah kecergasnya, puasa dalam jangka masa seminggu memadai untuk pembaharuan sementara tisu-tisu dalam tubuh seorang manusia pada empat puluh tahun umurnya, ia akan mengembalikan tugas fisiologi yang menyerupai keadan pada orang yang berumur tujuh belas tahun.
Allah Taala telah menentukan berlakunya pengantian setiap perkara mengikut peraturan yang tetap, antaranya peraturan ini telah menentukan bahawa tubuh manusia akan diganti sel-selnya sekurang-kurangnya setiap enam bulan, sel-sel berkenaan akan tua, kemudiannya mati, akan lahir sel yang baru, penyambung perjalanan hidup hingga sehingga datang ajal manusia.
4 Merawat penyakit-penyakit tertentu, puasa adalah cara efektif bagi menyembuh penyakit-penyakit kritikal kerana berlapar meruangkan kerehatan kepada sel-sel tubuh untuk menguatkan pertahananya. Puasa sangat berkesan untuk merawat penyakit kronik seperti, asma, batuk alergi, radang pembuluh kronik, penyakit jantung, reumatisme, radang urat kronik, jerat, mengawal kolestrol dalam darah, masalah penghadaman, penyerapan, kencing manis, migraine dan lain-lain lagi.
5 Pemulihan angota deria dan minda, seluruh otot dan minda akan bertambah baik sewaktu berlapar, daya ingatan akan bertambah, minda semakain elok, seperti sifat belas kasihan, penyayang, gerak hati lebih tepat. Kekuatan penglihatan akan bertambah, pendengaran, rasa dan hiduan.
6 Melambatkan proses penuaan, kajian saintifik telah menunjukkan bahawa berlapar yang terancang akan menaktifkan gen-gen yang bertangungjawab untuk merembes –hormon-hormon yang membantu sel-sel menentang proses penuaan terhadap manusia. Perlu diketahui proses penghadaman makanan menghasilkan bahan-bahan beracun yang membinasakan sel-sel, dengan itu pengurangan kuantiti makanan di campur pergerakan yang banyak menghabiskan tenaga, mengelolkan kesihatan dan menghentikan proses pemusnahan.
7 Melindungi tubuh dari pembentukkan batu karang, disebabkan meningkatnya kadar natrium dalam darh, dengan sendirinya ia menghalang penghabluran garam kalsium. Ia juga membantu pertambahan unsure polina dalam air kencing yang membantu menghalang penyerapan garam-garam air kencing.
8 Menstabilkan lonjakan naluri seks, tubuh lebih stabil dari segi rohani dan jasmani.
9 Puasa juga berupaya mencegah penyaki otak, telah di lakukan ujikaji terhadap 1000 pesakit otak yang membiasakan berpuasa bahawa 65% daripada mereka menjadi semakin baik.
10 Membersihkan tubuh dari toksin-toksin, tubuh manusia terdedah kepada banyak unsure-unsur berbahaya dan toksin-toksin yang kadangkala tertimbun pada tisu-tisunya. Toksin-toksin ini masuk kedalam tubuh melalui makanan yang diambil dengan banyak. Sumber-sumber perubatan menyatakan bahawa hamper kesemua makanan pada zaman ini mengandungi kuantiti-kuantiti kecil daripada unsure-unsur bertoksin. Bahan-bahan ini dimasukkan kedalam makanan sewaktu penyediaan atau pengawetan; sebagai contohnya perisa, pewarna, pengawet san lain-lain.
11 Pembersihan daripada lemak-lemak, puasa sangat baik bagi mencegah dan merawat kegemukkan, kerana menjauhi dan sederhana dalam makan berserta dengan aksasais yang berterusan disepanjang hari merupakan dua factor yang yang berkesan dalam mengurangkan berat badan.
Pakar-pakar perubatan tidak mengetahui kepentingan puasa melainkan selepas kurun ke 20, apabila berlakunya kemajuan penyelidikan saintifik pemakanan, dengan wujudnya peralatan-peralatan cangih yang berjaya menyingkap rahsia tubuh manusia, merangkumi tindak balas makanan dalam tubuh.
Walaupun dengan penemuan ini puasa perubatan yang dicadangkan oleh pakar perubatan memerlukan kos yang tinggi, berbeza dengan puasa dalam Islam yang tidak mengeluarkan apa-apa kos, mampu di lakukan oleh semua lapisan manusia.
Siapakah yang telah mengajar Muhammad, seorang yang buta huruf, semenjak 1400 tahun dahulu, ibadah yang sangat agung ini?, jawapan kepada persoalan ini akan menyerlahkan keajaiban Al-Quran dan Syariat Islam.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-
Ustaz Yusri Musa (019-9590379)
Ustaz Riduan M.Nor (019-3728844)
Ustaz Riduan M.Nor (019-3728844)
Info Terkini An Nur !!!!!!!!!!!!!!!
> Untuk Nombor Akaun An Nur sedang dalam proses.. InsyaAllah dlm masa terdekat kita akan paparkan & war2 kan..
> InsyaAllah, matlamat kita nak naikkan bangunan lepas RAYA ni. Perlukan lebih kurang RM 200000.00
Monday, August 23, 2010
RAMADHAN DATANG LAGI!!!!!! SELAMAT KUNJUNG, KAMI MERINDUIMU!!!
Posted by Riduan Mohd Nor Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment