JIKA sebelum ketibaan Ramadhan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadhan, tetapi suka atau tidak sudah 1 minggu kita melalui bulan yang mulia ini.Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan.Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian.
Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.
Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”
Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ramadan seperti peluang terakhir.
Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’
Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka.
Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa.
Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.
1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’